Maklumat sentiasa dikemaskini untuk anda
Peserta-peserta yang hendak ke Pulau Tioman mempunyai 2 pilihan untuk sampai ke Pulau Tioman.
1. JETI TANJUNG GEMOK
Bagi yang datang dari arah utara dan timur boleh ke jeti ini.
2. JETI MERSING
Peserta dari arah barat dan selatan boleh ke jeti ini.
Tambang Feri
Tiket Feri dikedua-dua jeti adalah sama iaitu RM35/orang/sehala.
Tiket pergi balik pula ialah RM70/orang.
Kami nasihatkan semua peserta berkumpul di Mersing dan naik feri yang sama.
Kami boleh uruskan tiket pergi balik.
Bot Kargo
Bagi yang mahu membawa basikal untuk sesi "Bike Fitting", boleh berurusan dengan bot kargo di jeti Mersing. Boleh juga meminta pihak kami uruskan. Bot kargo bergerak selang sehari, contoh hari Selasa, Khamis & Sabtu. Jadi kena kirim awal sehari. Jadual feri dan kargo akan dikemaskini mulai 1 Ogos 2019.
*** Terkini***
Kargo siap sedia hari khamis 29/08/2019, tambang basikal RM10/hala/basikal. Loading pagi khamis. Jumaat sampai.
Balik 1/9/2019 pagi loading dari jeti tekek. RM10/hala/basikal
Dari jeti Kg. Tekek, bergerak arah selatan jalan utama menuju resort.
Berjalan kaki mengambil masa 10 minit manakala dengan kereta kira-kira 5 minit.
Kami menyediakan perkhidmatan pengangkutan untuk mengangkut barang dan orang. Tambang kereta dari jeti ke resort RM10/orang. Manakala barang seperti beg & lain-lain penuh kereta RM50/sehala atau RM100 (angkut hingga selesai).
Tempahan Tiket Secara Online boleh dibuat di laman Web https://tiomanferryticket.com/
Sila buat tempahan awal bagi mengelakkan masalah tiada Tiket pada tarikh tersebut. Sila buat tempahan Tiket pergi balik untuk memudahkan pergerakan anda.